Skandal urus niaga saham: reman bekas CEO dan pengerusi syarikat disambung

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran menyambung reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi sebuah syarikat pegangan yang disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun tersebut.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 April depan terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Ainul Izzati Mohd Jamili selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini sebaik tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebelum ini kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Pengarah Kanan BOK, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, kes tersebut turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img