SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes.
Lelaki warga Singapura yang dicari ialah Poh Po Lian, dengan alamat terakhir di B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Seorang lagi ialah wanita tempatan, Jennifer Kok Sau Keng, yang mempunyai alamat terakhir di B-24-03, Abadi Villa, Jalan 3/109C, Off Jalan Klang Lama, Taman Abadi Indah, Kuala Lumpur.
SPRM berkata, Bahagian Siasatan sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan media bagi mengesan kedua-dua saksi berkenaan pada Oktober 2025 dan Mac 2026, namun masih gagal dikesan.
Sehubungan itu, waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu terhadap kedua-dua individu terbabit.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Stefan Lue Hsien di talian 017-902 8199 atau melalui e-mel stefan@sprm.gov.my bagi membantu siasatan.





