SPRM nafi ada pegawai bernama Amirul Haikal Bin Hassan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada pegawainya yang bernama Amirul Haikal Bin Hassan, seperti yang tular dalam laman sosial Threads hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, individu terbabit dipercayai menyamar sebagai seorang pegawai SPRM.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya kewujudan individu yang menyamar sebagai pegawai SPRM seperti tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Tindakan ini adalah tidak sah, menyalahi undang-undang, dan boleh menjejaskan integriti institusi,” kata kenyataan itu.

Seorang wanita di Threads hari ini memuat naik satu gambar kad pekerja agensi SPRM bernama Amirul Haikal Bin Hassan.

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dimuat naik, lelaki berkenaan juga mengaku dirinya sebagai duda anak satu.

Sehubungan itu, SPRM turut mengingatkan agar orang awam berhati-hati sekiranya berhadapan dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai SPRM.

“Semak identiti pegawai SPRM melalui saluran rasmi sebelum memberikan sebarang maklumat atau kerjasama. Laporkan segera kepada SPRM sekiranya berdepan dengan insiden penyamaran,” kata SPRM.

Tambah SPRM, perbuatan menyamar sebagai pegawai SPRM adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian yang menetapkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan tambahan boleh diambil di bawah undang-undang lain yang berkaitan sekiranya penyamaran berkenaan membabitkan penipuan atau cubaan memperdaya masyarakat,” kata SPRM.

Untuk pengesahan dan maklumat sahih, orang ramai boleh menghubungi laman web rasmi www.sprm.gov.my dan media sosial rasmi SPRM (Facebook, Instagram, TikTok, Twitter) serta talian bebas tol: 1-800-88-6000.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img