SPRM reman seorang lagi suspek kes empat polis minta rasuah RM12,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan reman seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada pesalah dadah jenis ketum.

Perintah reman selama lima hari sehingga 13 April ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bhahru hari ini.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan di rumahnya kira-kira jam 5 petang, Rabu kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya, lapor Sinar Harian

Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat bersama empat anggota polis yang ditahan reman selama lima hari pada Selasa lalu.

Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img