SULTAN Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur semalam.
Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 29 September lalu untuk menjalani pemerhatian, sehari selepas isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di hospital berkenaan pada usia 100 tahun.

Pada 1 Oktober, anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaklumkan keadaan bapanya semakin baik, namun berpendapat Dr Mahathir lebih sesuai untuk terus berada di IJN buat sementara waktu.
Menurut Mukhriz, berada di rumah mungkin mengingatkan bapanya kepada Siti Hasmah yang baru sahaja meninggal dunia.





