Polis buru suspek kes tembak penternak disyaki lolos ke negara jiran

POLIS Kelantan dengan kerjasama pihak berkuasa Thailand sedang menjejaki suspek utama kes tembakan terhadap seorang penternak lembu di Felda Kemahang 1, yang dipercayai melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an itu masih bebas dan dipercayai telah merentasi sempadan bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Pada masa sama, kita sudah menahan empat individu bagi membantu siasatan serta mengenal pasti suspek utama dalam kes berkenaan.

“Pihak kami tidak menolak kemungkinan suspek sudah merentasi sempadan bagi mengelak daripada dikesan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin lalu, mangsa, Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 43, cedera selepas terkena tembakan di bahagian dagu.

Mangsa ketika itu difahamkan sedang melakukan rondaan bersama rakannya bagi memantau kegiatan kecurian lembu di kawasan berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img