DBKL arah premis makanan tutup serta-merta

SEBUAH  premis makanan di Cheras diarahkan tutup serta-merta selepas aduan berkaitan kacau ganggu asap dan bau daripada aktiviti pembakaran tular di media sosial.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat berlaku aktiviti pembakaran bahan makanan seperti ayam dan daging yang dijalankan di kawasan parkir berhampiran premis sehingga menyebabkan gangguan asap dan bau kepada persekitaran sekeliling.

‘’Selain itu, turut dikesan ketidakpatuhan terhadap aspek kebersihan apabila terdapat aktiviti mencuci perkakas di atas lantai yang tidak dibenarkan,’’ kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, kata DBKL,  premis berkenaan telah diarahkan tutup di bawah UUK 28(1)  iaitu peruntukan yang membolehkan Datuk Bandar mengarahkan penutupan serta-merta mana-mana premis makanan yang disyaki boleh menjadi punca jangkitan atau menjejaskan kesihatan awam.

‘’ Satu kompaun turut dikeluarkan kerana bahan penyediaan makanan serta perkakas didapati diletakkan atau dibasuh di atas lantai dan tidak di kawasan khas yang ditetapkan,’’ kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menegaskan, DBKL memandang serius sebarang isu melibatkan kebersihan, kesihatan awam serta kacau ganggu kepada penduduk sekitar.

‘’DBKL akan terus mempergiat pemantauan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Orang ramai digalakkan untuk terus menyalurkan aduan dan maklumat bagi memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, selamat dan selesa untuk semua,’’ kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img