Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

SUSPEK kes tikam seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Perintah reman sehingga 10 Julai itu dikeluarkan terhadap suspek berusia 15 tahun itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan perkara itu, lapor  Buletin TV3.

Katanya, perintah reman dikeluarkan Majistret, Maslinda Selamat selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis.

“Reman dibenarkan ke atas suspek selama empat hari, dari 7 Julai 2026 hingga 10 Julai 2026,” katanya.

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun itu tiba di Mahkamah Telok Datok dengan menaiki trak polis kira-kira jam 8.08 pagi sebelum dilihat keluar pada sekitar jam 9 pagi tadi.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi yang mewakili suspek dalam prosiding hari ini memaklumkan suspek merupakan orang kelainan upaya (OKU) autisme.

Dalam kejadian kira-kira jam 9:50 pagi semalam, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dipercayai ditikam oleh rakan pelajar perempuan yang juga berusia 15 tahun dalam kawasan persekolahan.

Menurut bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim, 43, anaknya mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru selain turut mengalami kira-kira 16 luka tikaman pada bahagian badan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan, suspek telah ditahan pihak polis sejurus selepas kejadian, manakala mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

Menurut kenyataan itu, suspek dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu masuk utama sebelum ditenangkan oleh guru-guru sekolah berkenaan sebelum pihak polis tiba di lokasi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img