PERBEZAAN fahaman politik antara kerajaan negeri dan persekutuan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membawa pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat.
Sehubungan itu, Menteri Besa Jor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, apa jua keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini tidak akan mengubah keperluan untuk kedua-duanya bekerjasama.
“Tanggungjawab saya kepada 4 juta Bangsa Johor, tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 33 juta rakyat Malaysia. Jadi tak kiralah beliau dapat sokongan atau tidak daripada Bangsa Johor, beliau tetap Perdana Menteri. Walaupun (PH) kalah di Johor nanti, beliau tetap kena bantu kita di sini,” katanya lapor FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar pada Sabtu lalu menekankan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan mengubah kerajaan persekutuan mahupun kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia
Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz menafikan dakwaan pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri acara politik parti itu, Sabtu lalu.
“Mana ada. Tiada paksaan,” katanya Onn Hafiz mengulas dakwaan calon PH Perling Tee Boon Tsong.
Awal hari ini, FMT melaporkan Tee dari DAP mendakwa beliau menerima aduan pelajar kolej TVET berkenaan dikehendaki menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang itu.
Tee mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.






