Suspek tembakan di Rumah Putih mengaku sasar pegawai pentadbiran, bukan Trump

SUSPEK insiden tembakan dalam Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih pada petang Sabtu memberitahu pihak berkuasa, dia berniat untuk menyasar pegawai daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Memetik sumber pihak berkuasa, CBS News melaporkan pada Ahad, suspek yang dikenali sebagai Cole Allen, membuat kenyataan itu berikutan penahanannya.

TANGKAP layar penahanan suspek kes tembakan di Rumah Putih. GAMBAR: X

Sumber berkata, suspek tidak menyatakan Trump sebagai sasaran, tetapi merujuk secara meluas kepada `pegawai pentadbiran’.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan secara terbuka motif suspek ketika siasatan diteruskan.

Kejadian itu berlaku di Hotel Washington Hilton, tempat makan malam tahunan berkenaan diadakan, yang menyebabkan Trump, Wanita Pertama AS Melania Trump, Naib Presiden JD Vance dan pegawai kanan lain dibawa keluar daripada dewan majlis.

Sementara itu, menurut CNA, Cole Tomas Allen, 31, dari Torrance, California, telah ditangkap pada hari kejadian kerana didakwa melepaskan tembakan menggunakan senapang patah ke arah seorang ejen Perkhidmatan Rahsia di dalam Hotel Washington Hilton semasa Majlis Makan Malam Koresponden Rumah Putih.

Suspek merupakan graduan Caltech dengan ijazah sarjana dalam sains komputer, dan bekerja sebagai guru sambilan serta pembangun permainan bebas.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img