Susulan laporan RCI TH: Bekas pengurus direman disyaki seleweng kontrak anak benih kira-kira RM8 juta

SUSULAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung haji, pasukan khas Suruhanjaya Pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM) mula bertindak apabila  menahan reman seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah di Lembah Klang.

Lelaki itu disyaki  menyeleweng kontrak pembekalan anak benih kepada anak syarikat badan berkanun tersebut yang terlibat sektor perladangan bernilai kira-kira RM8 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 6 Ogos 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan jam 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2015 hingga 2017.

“Suspek dipercayai telah menyeleweng projek pembekalan anak benih getah di dua buah syarikat perladangan, anak syarikat sebuah badan berkanun melibatkan kontrak bernilai kira-kira RM8 juta,” katanya.

Tahanan reman ini adalah susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai 2026.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img