Tembak kereta Komander AKPS : Polis tidak tolak kemungkinan suspek diupah sindiket

POLIS tidak menolak kemungkinan dua suspek yang melepaskan tembakan menyasarkan kereta dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam awal pagi tadi diupah sindiket.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata pihaknya tidak boleh menolak kemungkinan suspek diupah sindiket untuk melakukan perbuatan itu.

“Bagaimanapun siasatan masih berjalan dan kita menyiasat dari semua aspek,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan motif awal kejadian Komander AKPS Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki ketika ingin ke masjid dipercayai untuk menakut-menakutkan pegawai penguat kuasa.

Ia susulan ada individu yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa sama ada AKPS atau polis yang banyak melakar kejayaan rampasan.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi tadi, kenderaan jenis Proton X70 dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan.

Adzli berkata bagaimanapun, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir terselamat daripada terkena peluru selepas tembakan dilepaskan suspek tidak dikenali.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img