Tentera Darat longgarkan syarat pengambilan anggota baharu

TENTERA Darat melonggarkan syarat pengambilan anggota baharu bagi menambah baik kualiti perkhidmatannya, termasuk dibenarkan berkaca mata dan tahap usia dilonggarkan kepada 30 tahun berbanding 27 tahun sebelum ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman, berkata kelonggaran itu menyaksikan peningkatan 10% hingga 20% perajurit muda bagi menjalani latihan dalam setiap pemilihan.

“Soal ketinggian pula, kita juga merendahkan tahap ketinggian kepada 157cm berbanding 162cm sebelum ini dan syarat indeks jisim tubuh (BMI) untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia secara umumnya ditetapkan antara 18 hingga 27.9, bergantung kepada cabang perkhidmatan dan jenis pengambilan,’’ katanya.

Beliau berkata,  walaupun syarat kemasukan anggota perajurit muda ini dilonggarkan, tetapi ia mengambil kira penambahbaikan dari segi kebolehan bidang teknikal.

“Tentera darat turut mementingkan elemen latihan yang menekankan pembinaan jati diri ketenteraan, ketahanan fizikal dan mental serta pemupukan nilai disiplin, keyakinan diri dan kompetensi sebagai anggota tentera profesional,’’ katanya.

Beliau demikian selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson yang menyaksikan seramai 1,236 perajurit muda berjaya menamatkan latihan dalam pengambilan siri itu

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img