Tiada PRU16 tahun ini?… Kerajaan Perpaduan kekal hingga habis penggal

SEMUA parti komponen  yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan menyokong supaya mereka terus berkhidmat sehingga tamat penggal pentadbiran.

Kenyataan yang dibuat oleh Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil itu sekaligus akan meredakan spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 kemungkinan diadakan tahun ini.

Ketika ini, Kerajaan Perpaduan dianggotai Pakatan Harapan, Barisan Nasional serta beberapa parti dari Sabah dan Sarawak.

Tempoh penggal semasa Dewan Rakyat dijadual berakhir pada 18 Disember 2027.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai komitmen semua rakan parti komponen dalam Kerajaan Madani yang terus menyatakan sokongan kepada kerajaan sehingga tamat penggal pentadbiran..

“Perdana Menteri telah menyatakan penghargaan terhadap komitmen semua rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Madani.

“Khususnya Barisan Nasional, GRS dan GPS yang telah menyatakan bahawa parti-parti tersebut terus kekal menyokong dan akan bersama dengan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata, komitmen itu mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, kestabilan politik ketika ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat selain memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img