‘’Tidak payah berlagak sucilah….’’ Sanusi sindir Puad Zarkashi

KEGHAIRAHAN Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mengambil kesempatan untuk ‘menyerang’ Pas dalam isu dana pilihan raya menerima ‘sindiran balas’ daripada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional (PN) itu mengingatkan Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Terting UMNO supaya tidak berlagak suci kerana realitinya bertanding dalam pilihan raya memerlukan kos jutaan ringgit.

Beliau berkata, Mohd Puad tidak perlu menafikan hakikat bahawa proses politik dalam Barisan Nasional (BN) turut melibatkan perbelanjaan besar.

“Tidak payah berlagak sucilah Puad. Hang (awak) sendiri habis berapa juta masa pilihanraya dulu? Hendak dipilih jadi calon dalam BN pun kena berabih (habiskan) duit, masuk pilihan raya kena habih berjuta.

“Cuma mungkin bukan duit poket hang sendiri, mana dapat duit itu hang sendiri pun tau. Itu pun tidak tentu boleh menang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan Menteri Besar Kedah itu adalah susulan kenyataan Mohd Puad yang mempersoalkan dakwaan Pas bahawa parti itu hanya bergantung kepada kutipan dana ‘tin milo’ bagi membiayai kos kempen pilihan raya.

Isu dana pilihan raya itu tercetus apabila Datuk Dr. Marzuki Mohamad yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Muhammad Sanusi bahawa Bersatu pernah memberi dana kepada Pas masa PRU-15.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi meminta Dr.Marzuki memperincikan sumbangan itu dan menjelaskan kepada siapa dana itu diberikan kerana di Kedah, Pas menanggung semua kos pilihan rayanya.

Dalam kenyataan hari ini Muhammad Sanusi turut mengingatkan Mohd.Puad bahawa  semasa pemilihan dalam parti (UMNO) pun banyak wang dihabiskan.

“Bukan saja masa pilihan raya umum, masa bertanding dalam parti berebut jawatan dalam bahagian, berebut nak jadi perwakilan dan hendak jadi MT pun hangpa (kamu) kena berabis duit, tu pun belum tentu menang… hang ingat orang tak tau?” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img