”Salah kita…gagal sampaikan komunikasi berkesan’’ – Anwar tegur pemimpin,ahli PKR

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui kelemahan kerajaan dalam menyampaikan usaha dan perubahan yang telah dilaksanakan kepada rakyat secara berkesan.

Katanya, angka ekonomi yang baik sahaja belum mencukupi, sekiranya kerajaan gagal menawan jiwa rakyat.

Beliau yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut merujuk keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan ketika mengakui parti perlu melihat semula kelemahan sendiri, terutama dari segi penyampaian dan komunikasi.

“Jadi ada yang mengeluh katanya ini kisah duka Johor, Negeri Sembilan. Saya jawab betul. Jangan salahkan yang lain, memang betul. Prestasi ekonomi baik. Semua angka-angka ekonomi menakjubkan tetapi dia tidak dapat menangkap jiwa, memenangi jiwa rakyat.

“Salah kita, kerana kurang pintar menyampaikan dan mungkin ada hal-hal yang belum disempurnakan,” katanya ketika meyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

Anwar berkata, beliau menerima mesej berkenaan dan mengakui antara kelemahan yang perlu diperbaiki adalah aspek penyampaian serta komunikasi berkesan.

Katanya, parti juga perlu lebih memahami suara dan derita rakyat di peringkat bawah.

“Pertama, saya terima mesej yang jelas. Betul, kita lakukan tetapi tidak jelaskan. Masih ada di Kelantan, orang kata Kelantan dianaktirikan. Masih kadang-kadang teguran di Sabah seolah-olah kita langsung tidak pedulikan. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Salah kita. Lemah pertama, menyampaikan dan komunikasi berkesan.

“Kedua, untuk memahami suara dan derita mereka di tingkat bawah,” tambahnya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menekankan keperluan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai usaha yang sudah dilakukan kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu menuntut pendekatan penyampaian yang lebih berkesan supaya usaha kerajaan dapat difahami rakyat.

Pada masa sama, Anwar mengingatkan pimpinan supaya benar-benar mendengar pandangan dan keluhan rakyat serta bersedia melakukan perubahan, bukannya sekadar untuk memberikan jawapan

Perdana Menteri turut menyangkal tuduhan pihak tertentu bahawa Kerajaan MADANI menganaktirikan beberapa negeri.

Sebaliknya, beliau menegaskan peruntukan kepada setiap negeri, berbeza berdasarkan keutamaan dan semakin meningkat di bawah pentadbirannya.

“Perbelanjaan untuk Sabah itu, sejak kita ambil alih kerajaan dalam tiga tahun (telah) naik (sebanyak) 35 peratus. Sebelum ini beberapa tahun sebelum itu, adakah kerajaan negeri suarakan? tidak…Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan peruntukan itu meningkat secara keseluruhan.

“Terengganu daripada RM6 bilion (pada 2022) naik (kepada) RM8.1 bilion (tahun ini), (sama juga) Perlis, Johor dan lain-lain. Johor daripada RM10.2 bilion (pada 2022) naik kepada RM14.6 bilion (pada 2026),” katanya.

Anwar berkata selain itu, peruntukan Persekutuan kepada Sabah naik 35 peratus daripada RM13 bilion pada 2022 kepada RM17.6 bilion pada 2026, Sarawak daripada RM10.2 bilion pada 2022 kepada RM15.1 bilion iaitu kenaikan sebanyak 48 peratus.
Sementara itu,
.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here