Tiga warga asing ditahan cuba curi kabel landasan KTMB

TIGA lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencuri kabel di Kilometer 17.888 laluan Subang Jaya–Batu Tiga, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, suspek ditahan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas menerima maklumat mengenai kehadiran individu mencurigakan di kawasan landasan berkenaan.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan, pasukan RCJ berjaya menahan tiga lelaki warga asing yang didapati menceroboh kawasan landasan serta memotong kabel menggunakan alat pemotong.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek menceroboh kawasan landasan serta memotong kabel menggunakan alat pemotong (cutter)

“Turut dirampas dalam tangkapan berkenaan ialah satu pemotong kabel besar, tiga telefon bimbit, dua kunci motosikal serta sebuah dompet yang tidak mengandungi pasport,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kesemua suspek kemudiannya diserahkan kepada anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Menurut KTMB, laporan polis telah dibuat dan kes kini dalam siasatan pihak polis.

Katanya, perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api adalah kesalahan serius mengikut Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“KTMB melalui Pasukan Polis Bantuan akan terus mempergiat rondaan keselamatan bagi memastikan keselamatan infrastruktur landasan serta kelancaran operasi tren sentiasa terjamin.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 (24 jam) atau memaklumkan kepada pihak PDRM bagi tindakan segera,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img