Tiga warga Bangladesh didakwa culik rakan senegara minta tebusan RM20,000

TIGA lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas pertuduhan menculik rakan senegara bagi mendapatkan wang tebusan RM20,000 bulan lalu.

Tertuduh, Kazi Miostofa, 38, Maruf Hossain, 28, dan Alim Abdul, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Kanageswari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas didakwa menculik Roni Hawlader dengan niat meminta wang tebusan berjumlah RM20,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari pada 22 Mac lalu di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Dato Sheikh Ahmad.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Peguam Mohd. Hanif Hassan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mempertimbangkan ikat jamin atas alasan anak guamnya telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan di negara asal.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu dan menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img