TikToker didenda RM1,800 kerana cederakan lelaki

SEORANG TikToker berstatus ibu tunggal didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana mencederakan seorang lelaki di Melaka Sentral, Julai lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurul Amalina Mohamad Kamal, 32, yang mempunyai hampir 100,000 pengikut di TikTok.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama empat individu lain dengan sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 47 tahun di sebuah kedai makan antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari, 25 Julai lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian belakang badan dan kepala, luka pada hidung serta sakit tulang rusuk kanan sehingga sukar bernafas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu supaya mahkamah mengenakan denda minimum dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM1,800 atau dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh kemudian menjelaskan denda berkenaan.

Terdahulu, selepas prosiding selesai, berlaku kekecohan di pekarangan mahkamah apabila tertuduh yang diiringi anggota polis meluahkan rasa tidak puas hati selepas gambarnya dirakam petugas media.

Tertuduh sempat melemparkan kata-kata bersifat sinis dengan menyatakan “Hai, artis ke aku ni? Ada soalan tak?”

Seorang lelaki yang turut hadir pada prosiding itu juga dilaporkan menghalang petugas media dengan memegang tangan wartawan dan juruvideo bagi menghalang gambar wanita berkenaan dirakam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here