Tindakan Israel adalah jenayah perang – Hadi Awang

PAS hari ini mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis Israel ke atas Qatar yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara berdaulat.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu adalah jenayah perang yang mesti ditentang oleh masyarakat antarabangsa.

‘’Pas menegaskan solidariti penuh bersama perjuangan rakyat Palestin dan gerakan Hamas yang terus mempertahankan tanah air mereka daripada genosid Zionis. Kezaliman Israel tidak akan memadamkan api perjuangan membebaskan bumi Palestin,’’ katanya dalam kenyataan.

Sehubungan kata beliau, Pas menyeru dunia Islam, negara-negara OIC dan masyarakat antarabangsa bersatu menekan Israel agar menghentikan serangan, serta mengajak umat Islam di Malaysia memperkukuh doa dan sokongan kepada perjuangan Palestin.

Malam tadi, kebiadaban Israel semakin menggila apabila rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas  Doha atas alasan menyasarkan pemimpin Hamas di ibu negara Qatar itu.

Walaupun pada awalnya pendedahan Israel tidak menyatakan secara khusus tentang lokasi sasaran serangan udara tersebut, namun perkembangan semasa menghubungkan kemungkinan situasi itu.

Kaitan pengumuman Israel dengan insiden letupan di Qatar turut dilaporkan oleh Al Jazeera, yang menyatakan bahawa kesan beberapa letupan berkenaan menyebabkan kepulan asap hitam yang jelas di tengah bandar raya berpopulasi sekitar 2 juta orang itu.

Sementara itu Pemerintah Qatar mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut Israel yang menyasarkan bangunan kediaman yang menempatkan beberapa anggota Biro Politik Hamas.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img