Tottenham tersenyum hambar di gelanggang sendiri,Man United kekal rekod tanpa kalah

MATTHIJS  de Ligt menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-96 untuk membantu Manchester United mengikat Tottenham 2-2 dalam perlawanan penuh mendebarkan pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan sedar bahawa kemenangan di Stadium Tottenham Hotspur akan membawa mereka ke tangga kedua Liga Perdana, namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas penamat yang penuh dramatik.

United mendominasi babak pertama yang agak hambar dan membuka jaringan pada minit ke-32 menerusi Bryan Mbeumo. Amad Diallo melakukan hantaran silang cantik dari sebelah kanan kotak penalti, dan Mbeumo menanduk bola masuk ke dalam jaring.

Tottenham yang dihujani ejekan penyokong ketika rehat separuh masa kembali dengan lebih bertenaga selepas itu. Senne Lammens  menafikan percubaan Cristian Romero dan menepis voli Joao Palhinha.

Matthijs de Ligt

Jaringan Brennan Johnson dibatalkan kerana offside selepas menerima hantaran Richarlison, namun gol penyamaan akhirnya tiba pada minit ke-84 apabila pemain gantian Mathys Tel memusing badan menyambut hantaran Destiny Udogie, dan bola terkena De Ligt sebelum masuk ke gawang.

Richarlison kemudian menyangka dia sudah memastikan kemenangan apabila menanduk masuk bola hasil sepakan lencong Wilson Odobert pada minit ke-91.

Namun United memastikan satu mata berharga apabila De Ligt menebus kesilapan sendiri dengan menanduk masuk sepakan penjuru Bruno Fernandes  pada masa kecederaan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka kepada lima perlawanan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img