UEC: Tidak wajar kaitkan tahfiz

BAHAGIAN AKHIR

Oleh Dr Anuar Ahmad

BERHUBUNG kewajaran mengaitkan tahfiz  dengan  UEC. Saya rasa tidak ada kewajaran mengaitkan pengiktirafan UEC ke IPTA dengan tahfiz. Ia memandangkan  selama inipun kita telahpun melaksanakan apa yang disebut di dalam pengumuman KPT itu.

Maksudnya kalau calon pelajar tahfiz mahu  meneruskan pendidikan di peringkat universiti, mereka memang perlu melampirkan sijil SPM  yang menunjukkan  mereka mendapat sijil penuh dengan enam matapelajaran dan lulus bahasa Melayu dan Sejarah.

Maka tidak wajarlah tahfiz dikaitkan dengan UEC sebab UEC adalah adalah perkara baru. Justeru apabila pengumuman mengenai UEC turut dikaitkan dengan tahfiz ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Mereka akan bertanya apakah  sebelum ini  tahfiz tidak diiktira? f Sedangkan ia telah pun diiktiraf.

Oleh itu pada saya pandangan dari segi  pendidikan, tidak ada isu. UEC boleh digunakan  untuk masuk ke IPTA asalkan mempunyai sijil penuh dan lulus sejarah dan bahasa Melayu. Tetapi mestilah dibiayai sendiri bukan menggunakan peruntukan kerajaan  kerana mereka tidak datang daripada sistem pendidikan kebangsaan. 

Kita harus memahami bahawa selepas pasca persekolahan, sistem pendidikan sepatutnya menjadi lebih terbuka, maksud untuk masuk universiti. Jadi pilihan itu terbuka.

Oleh itu kita tidak boleh melihat bahawa sijil UEC itu tidak boleh digunakan. Yang harus kita tekankan di dalam sistem pendidikan kita ialah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah selama 11 tahun.

Selepas 11 tahun ia menjadi pilihan kepada anak-anak, sama ada mereka mahu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau tidak.  Itulah sebabnya tidak wajib pendidikan lagi selepas 11 tahun. 

Oleh itu kalau seseorang itu mahu  menyambung pelajaran ke universiti menggunakan  STPM, A-Level, UEC ataupun sijil-sijil lain, asalkan ia diiktiraf oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) , itu tidak menjadi isu.

Atas sebab itulah perkara yang mesti dilakukan oleh pihak kerajaan adalah memastikan UEC mendapat periktirafan daripadan Pihak berkaitan dengan Audit penggubalan peperiksaan dan sebagainya, di peringkat kebangsaan supaya ia setara dengan peperiksaan lain, walaupundi luar negara UEC ini memang telahpun diterima oleh universiti-universiti. 

Perlu diingat, ramai orang mengatakan banyak negara mengiktiraf UEC, sebaliknya bukan negara tetapi  universiti di luar negara. Demi perniagaan, mereka  memang menerima UEC kerana itu adalah sumber pendapatan universiti. 

Di negara maju misalnya, memang pihak universiti terutamanya swadt yang melaksanakan proses itu tanpa campur tangan dari pihak kerajaan mereka memang mengiktiraf, sijil  UEC dan sebagainya. 

Oleh itu kita jangan kata negara mengiktiraf…. sebab di mana-mana negara di dunia, mereka tidak mengiktiraf sijil UEC itu seperti sijil negara mereka. 

Di Singapura, mereka mengiktiraf sijil persekolahan negara itu, kalau mahu masuk universiti di sana tidak ada masalah mahu guna sijil UEC atau A-Level  tetap perlu bayar sendiri.

Dalam isu UEC ini, saya rasa tidak ada isu, asalkan mereka cukup syarat masuk universiti dan biaya sendiri. Bagaimana dari segi idea ataupun falsafah ini mungkin sedikit menyedihkan kalau kita lihat dari sisi sejarahnya.

Malaysia adalah negara majmuk, sudah ratusan tahun hidup dalam kenegraan yang mempunyai pelbagai kaum dan apabila kita merdeka salah satu hasrat utama negara kita adalah untuk menyatukan kaum.

Proses menyatukan kaum ini tidak berlaku semalaman, ia mengambil masa puluhan tahun untuk membina satu kerangka sebuah bangsa ataupun sebuah negara. 

Bapa-bapa kemerdekaan kita dulu telah bersetuju supaya  kita mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 

Semua  anak-anak sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan belajar di satu sekolah supaya masing-masing dapat berkenalan antara satu sama lain, bertoleransi, salinghormat-menghormati. 

Kalau  kita bercakap soal budaya yang berbeza.. Ini satu cara yang paling berkesan untuk kita saling memahami antara budaya, antara kaum ini.

Aspirasi aturan aturan agama, sensitiviti dan sebagainya dan itu adalah  melalui alam pesekolahan. Sebab itulah  alam pesekolahan adalah terbaik  untuk membina sebuah negara bangsa melalui satu sekolah aliran. Itu ideanya  tetapi  disebabkan oleh kita mempunyai beberapa kekangan politik pada awal kemerdekaan, akhirnya  kita bersetuju untuk tidak bersetuju waktu itu. 

Pada waktu itu, matlamat kita ada untuk mencapai kemerdekaan. Apabila perundingan dijalankan, kita bersetuju untuk membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan dan sebagainya di peringkat sekolah rendah. 

Kita  merasakan memadailah pada peringkat sekolah anak-anak itu belajar bahasa ibunda, belajar tentang masing-masing.  Apabila sekolah menengah, mereka sepatutnya duduk bersama, belajar bersama, bekerja bersama  dalam satu alam persekolahan. 

Kalau  kita lihat di dalam usaha misalnya olrh Menteri Pelajaran yang kedua, Abdul Rahman Talib. Antara usaha beliau adalah  memastikan sekolah-sekolah menengah persendirian Cina ini bersama-sama di dalam satu aliran pendidikan kebangsaan. 

Atas usaha beliau dan atas persefahaman dalam kalangann-pemimpin pendidikan Cina pada waktu itu, akhirnya apa yang berlaku adalah sebahagian daripada sekolah persendirian Cina  bergabung dan menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan  (SMJK) yang berada di dalam sistem pendidikan Kebangsaan. 

Usaha itu bukan  tahun 60an sahaja tetapi tahun-tahun seterusnya supaya anak-anak kita ini di pengkat remaja,di  sekolah menengah imereka saling kenal mengenali.

 Melalui cara itu kita akan membina sebuah negara bangsa yang bukan sekadar kita hidup bersama tetapi  saling memahami antara satu sama lain dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

Tetapi apabila kita mengiktiraf sijil-sijil yang berbagai  termasuklah  A-level, UEC dan sebagainya salah satu yang kita  harus fahami ia semakin lari daripada usaha kita untuk membina perpaduan.

Sekarang ini kita juga mengiktiraf UEC. Maka dari segi  kita semakin jauh daripada hasrat untuk menjadikan anak-anak kita itu belajar dalam satu sekolah sama. 

Apabila saya berbual dengan rakan-rakan daripada Cina, mereka  kata kalau UEC itu sudah diiktiraf untuk masuk ke universiti, maka mereka juga lebih bersedia untuk menghantar anak mereka ke sekolah persendirian Cina berbanding Sekolah Menengah  Kebangsaan.

Saya menjangkakan akan berlaku trend  lebih ramai pelajar-pelajar kaum Cina akan ke sekolah UEC manakala sekolah menengah kebangsaan akan diisi oleh pelajar Melayu.Kalau kita lihat sekarang ini pun, disebabkan oleh kewujudan sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, bilangan pelajar Melayu ataupun bumiputera di sekolah kebangsaan mencecah 96-97%. 

Jumlah bukan Melayu khususnya kaum Cina ke Sekolah Menengah Kebangsaan akan menjadi lebih berkurangan apabila sijil IEC diiktiraf ke IPTA.

Jadi hasrat kepimpinan negara kita pada awal kemerdekaan dulu menjadikan pendidikan ini sebagai alat perpaduan, penyatuan kaum, untuk membina negara bangsa Malaysia…saya fikir akan gagal dan akan terkubur. 

*Penulis adalah Pakar Pendidikan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img