UiTM Holdings: Bekas pegawai kanan perbadanan ditahan, siasatan libatkan RM42 juta

SIASATAN berhubung isu kerugian membabitkan UiTM Holdings Sdn Bhd memasuki fasa baharu apabila seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembayaran bernilai kira-kira RM42 juta.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 1 petang semalam di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan kedudukannya pada 2017 untuk meluluskan pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kepentingan dengannya.

Penahanan berkenaan merupakan susulan siasatan SPRM terhadap beberapa isu yang dikaitkan dengan kerugian dialami UiTM Holdings pada 2023.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Khamis ini (1 Oktober).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here