PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan seorang penceramah agama Ustazah Marhamah Rosli dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Beliau menggantikan tempat Senator Dr.Zulkifli Hassan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Mohd Naim Mokhtar yang digugurkan.
Pelantikan Marhamah menarik perhatian ramai memandangkan beliau pencetus gelombang #justiceforzara dan penceramah bebas bertauliah.
Berikut biodata Ustazah Marhamah:
JAWATAN:
*Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah
*Penceramah Bebas dengan Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Sabah
*Penceramah Tetap Seminar Motivasi Al-Quran SOUL TO SOUL
*Pengasas Jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah
*Pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf – Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah
PENDIDIKAN
*Ijazah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2006-2010
*Diploma Undang-Undang Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 2003-2006
*Daurah Bahasa Arab Universiti Sains & Teknologi Sana’a, Yemen 2008
PENTAULIAHAN
*Tauliah Mengajar Agama (Umum) Negeri Sabah Tauliah Mengajar
*Al-Quran Negeri Sabah
*Tauliah Khas Negeri Selangor (2023 & 2024)
*Tauliah Khas Wilayah Persekutuan Labuan (2002, 2023 & 2024)
*Tauliah Khas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2024)
*Pengasas Pengajian Agama & Akademik, Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah
(Putatan)
*Pengurus Pusat Pengajian Fardhu Ain & Fardhu Kifayah, Akademi Bayu Raudhah
(Putatan)
*Pengasas Kelas 4M, Pondok Nur Iman Baqiah, Kg Simpang Mengayau (Kudat)
*Pengasas Kelas KAFA Muallaf Dewasa, Surau Ar-Raudhah, Kg Pata-Tuhau (Kudat)


