PENDAKWAH bebas, Wan Ji Wan Hussin mengambil keputusan keluar daripada PKR pada Khamis lalu kerana `tidak mahu mempunyai lebih ramai musuh’.
Berita itu diumumkan bekas ketua PKR Petra Jaya, Iswardy Morni menerusi hantaran X semalam.
Wan Ji ketika dihubungi mengesahkan beliau memohon keluar parti pada 1 Januari lalu.
“Saya semakin tua. Oleh itu, saya perlu fikir mempunyai lebih sedikit musuh.
“Ketika berada dalam PKR, ramai yang bukan daripada parti itu tidak mahu berkawan dengan saya,” katanya, lapor FMT.
Beliau yang pernah bersama Pas, menyertai PKR pada 2015, selain pernah dilantik sebagai pembantu kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Wan Ji pernah dipenjarakan selama sembilan bulan pada September 2023 atas kesalahan menghasut dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi hantaran Facebook pada 2012.



