Wanita 85 tahun dirempuh kereta di Sentul

SEORANG wanita warga emas berusia 85 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Honda Odyssey dan seorang pejalan kaki.

Menurut beliau, kereta berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun, manakala mangsa ialah wanita tempatan berbangsa Cina.

“Siasatan awal mendapati semasa pemandu kereta tersebut keluar dari kawasan deretan kedai dan membelok ke kanan, mangsa dipercayai sedang melintas jalan di hadapan kenderaan berkenaan.

“Pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu tular di media sosial, rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memperlihatkan insiden kemalangan apabila sebuah kenderaan melanggar pejalan kaki.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img