Wanita tempatan didakwa dirogol lelaki warga asing di pusat beli-belah

SEORANG wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dipercayai menjadi mangsa rogol seorang lelaki warga asing di kawasan sebuah pusat beli-belah, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa sedang melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya.

Suspek yang dipercayai warga Bangladesh didakwa merakam perbuatan pasangan itu sebelum mengugut untuk menyebarkan rakaman berkenaan sekiranya mangsa enggan mengikut arahannya.

Lelaki itu kemudian dipercayai mengarahkan teman lelaki mangsa meninggalkan lokasi sebelum merogol wanita berkenaan, lapor Harian Metro.

Mangsa difahamkan tidak mengenali suspek dan tidak pernah melihat lelaki terbabit sebelum kejadian.

Polis dilaporkan sedang berusaha mengesan suspek, manakala pihak media masih mendapatkan pengesahan dan maklum balas pihak berkuasa berhubung kejadian itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here