Warga asing mengamuk guna senjata tajam ditahan

POLIS berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan senjata tajam di pekarangan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, di Gombak, Selangor semalam.

Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan sekumpulan anggota polis menahan suspek di kawasan pangsapuri berkenaan sebelum membawa lelaki tersebut ke dalam kenderaan peronda polis (MPV).

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor D Velraj di talian 013-363 1913 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img