Wawasan cipta sejarah, pertama kali bertanding menang tiga daripada empat kerusi

PARTI Wawasan Negara (Wawasan) yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulung dengan memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, malam ini.

Berdasarkan kiraan semasa, Wawasan yang bertanding di bawah logo Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Sikamat dan Gemas.

Di DUN Gemas, calon PN dari Wawasan, Ridzuan Ahmad memperoleh 13,449 undi dengan majoriti 10,718 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Siti Aishah Seman Othman yang meraih 2,731 undi dan calon parti Bersatu, Azman Abdullah yang memperoleh 880 undi.

Di DUN Sikamat pula, Datuk Razali Abu Samah dari Wawasan juga menang dengan 13,122 undi, menewaskan Nor Azman Mohamad (PH) yang memperoleh 9,713 undi dan calon Bersatu, Tun Faisal Ismail dengan 481 undi, sekali gus mencatat majoriti 3,409 undi.

Sementara itu di DUN Klawang, Danni Rais menang tipis dengan memperoleh 1,876 undi, menewaskan Bakri Sawir (PH) yang mendapat 1,163 undi dan Adib Musa (Bersatu) dengan 166 undi, sekali gus meraih majoriti 713 undi.

Sebelum ini, PN mengumumkan hanya bertanding di 11 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan, sekali gus melengkapkan jumlah keseluruhan 36 kerusi selepas 11 kerusi kosong susulan pengumuman seramai 25 calon yang dibuat BN.

Untuk pembahagian kerusi, Pas meletakkan seramai lima calon, Wawasan bertanding di empat kerusi, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) masing-masing satu calon.

Empat kerusi ditandingi Wawasan termasuklah Gemas, Klawang, Sikamat dan Mambau.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img