11 anggota SMART berlepas ke Nepal bantu misi SAR

SEBANYAK 11 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia berlepas ke Nepal pagi ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan.

Pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

GAMBAR: Facebook SMART

Komander SMART, Penguasa Kanan Bomba 1 Abdul Manaf Che Isa berkata, pasukan berkenaan akan membantu operasi SAR di kawasan yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Beliau mengetuai misi kemanusiaan itu yang turut membawa pelbagai kelengkapan operasi termasuk peralatan komunikasi.

Penerbangan ke Nepal dijangka mengambil masa kira-kira lima jam.

Misi berkenaan turut diselaraskan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian usaha Malaysia membantu negara berkenaan menangani bencana serta operasi menyelamat mangsa terjejas.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here