16 remaja termasuk dua wanita didakwa kes gaduh luar sekolah hari ini

Seramai 16 remaja lelaki termasuk dua wanita, akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini berhubung pergaduhan di luar sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, pada 10 April lalu.

Semua suspek berusia antara 12 hingga 37 tahun itu, yang terdiri daripada 14 pesalah juvana serta dua wanita dewasa dipercayai penjaga, akan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dua daripada tertuduh turut akan berdepan pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, penahanan dibuat susulan insiden pergaduhan yang berlaku sejurus selepas waktu persekolahan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan dalam beberapa operasi pada hari sama di sekitar Taman Nusa Bestari dan Iskandar Puteri.

“Siasatan mendapati pergaduhan yang bermula di luar kawasan sekolah itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas seorang suspek didakwa ditampar.

“Insiden berkenaan kemudian bertukar menjadi pergaduhan balas yang semakin serius sebelum merebak menjadi pergaduhan besar di jalan raya selepas waktu sekolah,” katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan pelajar di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img