23 rakyat Malaysia teruskan pelayaran menuju Gaza

SEBANYAK  23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sedang meneruskan pelayaran dari Zon Kuning ke Zon Merah menuju ke Gaza, selepas penstrukturan peranan delegasi dibuat Sumud Nusantara Comand Centre (SNCC).

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata penstrukturan itu dibuat pada Ahad lepas, susulan kondisi empat kapal flotila yang mengalami kerosakan teruk dan tidak berupaya meneruskan pelayaran.

“Penstrukturan peranan ini melibatkan tujuh delegasi Malaysia dan satu delegasi Brunei. Empat lagi delegasi Malaysia pula ditempatkan di kapal pemerhati, dan kapal pemerhati tidak akan memasuki Zon Merah,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini GSF di Sepang hari ini, lapor Bernama.

Sani Araby berkata dua delegasi Malaysia iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad akan dihantar ke Amman, Jordan untuk membantu sekretariat kumpulan perundangan membuat persediaan yang perlu.

Beliau berkata enam delegasi termasuk seorang warga Brunei akan diterbangkan dari Greece dan dijangka tiba di Malaysia esok.

Enam individu yang terlibat ialah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Mohd Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan Rezahmaisalamah Md Yusof (Brunei).

Beliau berkata enam individu itu akan meneruskan peranan mereka di SNCC, bagi membantu pihak sekretariat membuat persediaan berdepan sebarang kemungkinan yang akan berlaku ke atas delegasi GSF.

“Mereka ini kumpulan yang terlatih di atas kapal. Mereka ini jugalah kumpulan yang telah pun melaksanakan pelayaran lebih daripada 28 hari.

“Jadi, pastinya kepakaran dan juga pengalaman mereka itu diperlukan untuk kita melihat sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img