3 maut, seorang cedera ketika latihan pemindahan kecemasan

TIGA lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika latihan pemindahan kecemasan menggunakan bot, di sebuah pelantar minyak di kawasan luar pesisir Terengganu-Pahang, tengah hari tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kesemua mangsa dipercayai berada dalam sebuah bot keselamatan, sebelum tali yang menyokong bot berkenaan tiba-tiba putus hingga menyebabkannya jatuh dari ketinggian kira-kira 12 kaki.

Seorang mangsa yang dilaporkan parah kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), lapor Buletin TV3.Sementara itu, tiga lagi mangsa disahkan meninggal dunia, sebaik tiba di HSNZ.Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tiada sebarang kenyataan rasmi dari syarikat perkapalan berkenaan.

Dalam kemalangan berkaitan, Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil, 28,  mengesahkan salah seorang yang terbunuh ialah suaminya, , Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28.

“Pagi tadi dia WhatsApp ucap selamat pagi, selepas itu saya membalasnya, sebelum gagal dihubungi dan malam semalam kami sempat membuat panggilan video,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img