Polis terpaksa lepaskan tembakan sebelum tahan tiga individu

POLIS  tahan tiga individu termasuk dua wanita yang mempunyai pelbagai rekod jenayah, selepas cuba merempuh anggota polis ketika melarikan diri daripada ditahan di Jalan Batu 15 1/4, Dusun Tua, Hulu Langat semalam.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan berkata,dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan kerana terancam dengan tindakan suspek.

Ketika kejadian kira-kira 9.30 malam semalam, pasukan daripada IPD Tampin cuba melakukan tangkapan ke atas suspek berhubung suatu kes.

Polis berjaya menahan semua suspek yang menaiki sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod narkotik, suspek kedua mempunyai empat rekod jenayah dan 11 rekod narkotik, serta suspek ketiga mempunyai enam rekod jenayah dan dua rekod narkotik,” menurut kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img