31,000 pelajar Tingkatan 6 terima Bantuan Am Persekolahan

LEBIH 31,000 pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga miskin tegar menerima Bantuan Am Persekolahan (BAmP) selepas kerajaan memperluaskan skim itu dengan peruntukan RM4.69 juta tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bagi memastikan pelajar Tingkatan Enam tidak lagi tercicir daripada menikmati bantuan persekolahan.

“Kita bagi wang saku RM150 kepada murid Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima, jadi Tingkatan Enam terlepas.

“Jadi untuk pelajar Tingkatan Enam, kita akan berikan bantuan yang sama. Jadi selesai,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

BAmP adalah antara bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diwujudkan bagi membantu murid daripada keluarga miskin dan miskin tegar meneruskan persekolahan, selain mengurangkan risiko keciciran pendidikan.

Selain BAmP, KWAPM turut menyediakan Bantuan Kecemasan (BK) kepada murid yang memenuhi syarat kelayakan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img