39 kadet Kor SUAR UniSZA bakal terima Sijil Kadet Integriti Muda

SEBANYAK 39 Pegawai Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menerima Sijil Kadet Integriti Muda pada Majlis Tamat Latihan Kor SUAR dan Penganugerahan Sijil Kadet Integriti Muda Kohort 4/2026, Sabtu ini.

Kadet berkenaan terdiri daripada 15 lelaki dan 24 wanita yang menamatkan latihan selama empat semester merangkumi pembentukan jati diri, disiplin, kepimpinan, integriti serta pendidikan pencegahan rasuah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim berkata, penganugerahan itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi langkah penting dalam melahirkan generasi muda sebagai ejen perubahan masyarakat.

“Golongan mahasiswa berkenaan diharap dapat membantu memperkukuh budaya integriti dan menolak amalan rasuah dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, majlis anjuran bersama SPRM dan UniSZA itu akan disempurnakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA.

“Program hasil kerjasama strategik SPRM dan UniSZA ini menjadi antara platform pendidikan antirasuah di institusi pengajian tinggi (IPT) yang memberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah dan penerapan nilai integriti dalam kalangan mahasiswa.

“Penawaran kursus ini turut melengkapkan inisiatif pencegahan rasuah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menggerakkan aktiviti pendidikan antirasuah di dalam kampus bagi menyebarluaskan mesej antirasuah di negara ini,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here