4 warga Myanmar ditahan, bayar RM10,000 masuk Malaysia secara haram

HASRAT empat lelaki warga Myanmar untuk memasuki negara ini bagi mencari pekerjaan sebagai buruh binaan berakhir apabila mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, malam tadi.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam oleh sepasukan anggota Risik Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan.

Katanya, pemeriksaan mendapati semua lelaki terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia dan mengaku sebagai warga Myanmar.

“Hasil soal siasat awal mendapati mereka dipercayai baru tiba di Malaysia dengan menaiki perahu melalui Sungai Golok sebelum mendarat di kawasan Tumpat dan dibawa ke Terminal Bas Lembah Sireh untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur bagi bekerja sebagai buruh binaan.

“Kesemua mereka turut mengaku memulakan perjalanan dari Yangon, Myanmar dan mengambil masa kira-kira lima hari untuk tiba di Thailand sebelum ditempatkan di sebuah rumah transit selama dua hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal turut mendapati mereka dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah di Sungai Golok.

Katanya, setiap seorang daripada mereka mengaku membayar kira-kira RM10,000 kepada ejen bagi menguruskan perjalanan tersebut dengan bayaran dibuat oleh ahli keluarga masing-masing di Myanmar.

Ahmad Radzi berkata, kesemua suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img