Warga Indonesia guna kad pengenalan orang lain selama 12 tahun dihukum penjara tiga bulan

MAHKAMAH Majistret Ayer Keroh hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang lelaki warga Indonesia selepas mengaku bersalah menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain sejak 12 tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Adi, 47, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa tanpa kuasa yang sah atau sebab munasabah, menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun.

Tertuduh didakwa menggunakan salinan kad pengenalan tersebut untuk mendapatkan lesen beca daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada tahun 2023 selain menggunakannya bagi memperoleh kad Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12 tengah hari pada Khamis lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan masih menanggung isteri serta anak-anak yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Melaka, Mohd Nasrom Mohd Yusof memohon hukuman setimpal kerana perbuatan itu boleh menjejaskan keselamatan serta kepentingan negara.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan bermula dari tarikh tangkap.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img