Jasad Muhammad Amsyar Muqri ditemukan 10 meter dari lokasi terjatuh

JASAD penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim (Polimas) akhirnya ditemukan pada hari kedua mangsa dilaporkan hilang.

Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, yang dilaporkan hilang selepas mesin padi dinaiki bersama tiga rakan terjatuh di sungai Kampung Sanglang ditemukan lemas kira-kira 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman kira-kira empat meter, pukul 10 pagi tadi.

“Pencarian hari ini lebih mencabar berikutan arus deras sebelum ini, namun syukur mangsa tidak dihanyutkan jauh.

“Kita perluaskan radius pencarian dengan bantuan pasukan dari bomba Sungai Petani,” katanya, memetik laporan Kosmo.

Tambah beliau, seramai 41 anggota termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis terlibat dalam operasi itu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa,” ujarnya.

Proses bedah siasat akan dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah.

Sementara itu, suasana di lokasi kejadian tiba-tiba hiba apabila ibu bapa mangsa tampil untuk membuat pengecaman sejurus selepas mayat ditemukan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img