Penemuan mayat wanita di Pantai Pengerang tiada unsur jenayah

POLIS mengesahkan kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan terdampar di kawasan Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang semalam tidak melibatkan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas.

“Polis percaya si mati adalah warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette-Guérin) pada lengannya.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan identiti si mati serta kewarganegaraannya masih belum dapat dipastikan,” katanya hari ini.

Semalam, mayat seorang wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang di Bayu Damai.

Polis menerima maklumat berhubung penemuan wanita terdampar dipercayai lemas di kawasan berkenaan daripada orang awam kira-kira jam 10.40 pagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hafizi Said di talian 017-925 2768 atau talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-883 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img