APMM tahan kapal tangki, bot pancung tanpa lesen 

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal tangki dan sebuah bot pancung dalam dua operasi berasingan di perairan negeri ini, semalam .

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan kapal tangki dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam hasil pemantauan radar Area Control Centre (ACC) Klang sebelum bot peronda digerakkan ke lokasi sejauh 18.9 batu nautika barat daya Kuala Sungai Besar .

Menurutnya, kapal itu dikendalikan seorang kapten warga China bersama 21 kru terdiri daripada 11 warga China, lapan Myanmar dan dua Bangladesh berusia antara 24 hingga 52 tahun.

“Semua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, namun kapten gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh. Kapal disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, perintah penahanan telah dikeluarkan dan kapten bersama pegawai jurutera kapal dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Dalam kes berasingan, sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran ditahan kira-kira pukul 5.10 petang di kedudukan 1.55 batu nautika barat Kapar selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen kebenaran menjalankan aktiviti penangkapan ikan,” jelasnya.

Bot dan individu terbabit kemudian diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Abdul Muhaimin menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti haram di perairan Selangor.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img