Polis tahan lelaki curi barang kemas lebih RM158,000 di Johor

POLIS  menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM158,195.20 di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di  Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5 petang hari yang sama.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, lelaki berusia 41 tahun itu berjaya ditahan, dan beberapa rampasan dibuat termasuk barang kemas yang disyaki dicuri dalam tempoh kira-kira 20 minit.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, dan hasil ujian air kencing adalah negatif.

“Suspek telah dibawa ke mahkamah di sini hari ini dan dibenarkan direman selama empat hari hingga 10 Feb,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img