Wanita maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Bukit Beruntung

SEORANG wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori treler membawa muatan kapur, sebuah kereta Honda City dan BMW.

“Pemandu Honda City, lelaki berusia lingkungan 50-an, cedera ringan manakala penumpang wanita berusia lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Pemandu BMW, lelaki berusia lingkungan 30-an, dilaporkan selamat tanpa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori treler berusia 40-an dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Seramai 15 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.33 pagi,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img