Warga China hilang semalam ditemukan lemas berhampiran Pulau Cabang, Langkawi

POLIS hari ini mengesahkan lelaki warga China yang hilang ketika mandi di Pantai Tanuung Rhu, Langkawi semalam ditemukan lemas hari ini.

Dalam satu kenyataan,Ketua Polis ACP Langkawi Khairul Azhar Nuruddin, berkata mayat Mingfei Lan, 48, yang berasal dari Shanghai ditemukan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada 9.45 pagi.

“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang bercuti bersama isteri dan anak lelakinya telah berenang ke Pulau Cabang seorang diri pada 5.30 petang…anak mangsa kemudian menyedari bahawa ayahnya masih belum timbul pada 6 petang.

“Anaknya telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak hotel sebelum anggota bomba dari Balai Bomba Langkawi memulakan pencarian di sekitar kawasan pantai berkenaan menggunakan bot pada 9 malam,” katanya.

Beliau berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di permukaan air berhampiran Pulau Cabang, kira-kira 50m dari lokasi terakhir lelaki itu dilihat sebelum hilang, selepas operasi pencarian disambung semula pagi ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img