Mangsa banjir di Sabah meningkat, Tawau daerah terbaharu dilanda banjir

JUMLAH mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 5,141 orang daripada 2,160 keluarga setakat jam 8 pagi ini dan Tawau menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di negeri ini.

Bilangan mangsa yang dipindahkan di seluruh negeri itu mencatatkan peningkatan berbanding 4,761 orang daripada 1,828 keluarga semalam.

ANGGOTA bomba dan penyelamat memindahkan penduduk berikutan banjir mula melanda daerah Tawau sejak malam tadi. GAMBAR: Sabah Dimensi

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari empat daerah, iaitu Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara.

Menurut kenyataan itu, Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,120 orang diikuti Kota Marudu (1,929 orang), Paitan (847 orang) dan Tawau (245 orang).

Di Tawau, seramai 245 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Hujan berterusan selama beberapa jam sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air sekali gus mengakibatkan banjir kilat.

Antara lokasi terjejas adalah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kampung Baru, Kampung Rawa-Rawa, Kampung Ranggu, Taman Fujimart, Taman Setia, Jalan Shin Onn dan Jalan Takada.

Banjir di keempat-empat daerah telah menjejaskan 80 kampung namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img