Kontraktor rugi RM1.2 juta terperdaya pelaburan saham ‘kelas percuma’

SEORANG kontraktor mengalami kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya sindiket penipuan tawaran belajar pelaburan saham secara percuma.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pada 2 Oktober 2025, lelaki berusia 60-an itu melayari media sosial Facebook dan berminat dengan satu tawaran belajar pelaburan saham secara percuma.

Menurutnya, mangsa kemudian menekan pautan yang tertera dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Selepas beberapa kali sesi kelas pelajaran pelaburan, guru pelaburan di dalam kumpulan WhatsApp itu menawarkan kepada ahli-ahli kumpulan satu peluang pelaburan saham yang terbaharu dengan jaminan keuntungan serta pampasan sekiranya mengalami kerugian.

“Mangsa yang tertarik untuk menyertai pelaburan itu menerima panggilan WhatsApp daripada seorang wanita meminta dia memuat turun satu aplikasi bagi memulakan pelaburan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, pada 27 November 2025 mangsa membuat pindahan wang secara berperingkat ke enam akaun yang berbeza milik syarikat dan perniagaan.

“Pada Januari 2026, mangsa berminat untuk membuat pengeluaran sebanyak RM600,000 selepas aplikasi pelaburan memaparkan mangsa mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

“Mangsa diminta untuk membuat bayaran komisen 10 peratus terlebih dahulu dan selepas membuat bayaran itu, mangsa dimaklumkan bahawa wang pengeluarannya disekat oleh Bank Negara Malaysia dan perlu pula membayar cukai sebanyak RM168,000,” katanya.

Katanya, mangsa berasa curiga dan enggan membuat bayaran lanjut.

“Mangsa mengesyaki ditipu dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta telah membuat laporan polis pada 13 Februari lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img