Empat banglo mewah jadi markas scam Korea, 28 warga asing diberkas

KEGIATAN sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian yang menjadikan empat banglo mewah di Batu 10, Jalan Apas dekat Tawau sebagai markas operasi terbongkar selepas polis memberkas 28 warga asing dalam serbuan malam tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 9.30 malam itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Strike Team dan Task Force Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Tawau menyerbu empat banglo dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket terbabit.

Seramai 26 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam berusia antara 21 hingga 59 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

Turut serta dalam operasi itu ialah pakar media sosial bagi membantu siasatan.

Berdasarkan keterangan kes di Mahkamah Majistret Tawau hari ini, polis turut merampas 33 telefon bimbit, tiga komputer riba dan dua modem WiFi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian.

Siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai menggunakan platform Telegram, WhatsApp dan Kakao Talk bagi memperdaya mangsa untuk menyertai pelaburan saham palsu.

Difahamkan, sasaran utama sindiket itu adalah warga Korea Selatan.

Empat banglo mewah yang diserbu dipercayai dijadikan tempat kerja, pusat latihan serta lokasi penginapan ahli sindiket terbabit.

Semua suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau pagi ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membenarkan permohonan reman selama empat hari sehingga Isnin depan selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat BSJK IPD Tawau, Inspektor Siti Dayana Adillah.

Polis memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam percakapan semua suspek, mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas serta mengenal pasti rangkaian kegiatan mereka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img