MB Pahang ucap takziah kepada keluarga lima mangsa kebakaran

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada ahli keluarga lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat di Dong, Raub awal pagi ini.

Beliau mendoakan semoga ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.

“Saya menerima perkhabaran yang amat mendukacitakan pagi ini mengenai tragedi kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat yang mengorbankan lima sekeluarga pada awal pagi tadi.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan yang amat besar ini.

“Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.48 pagi tadi.

Katanya, kebakaran itu memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain tiga kereta dan tiga motosikal turut terbakar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img