Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-93

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta veteran yang menabur bakti kepada negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan pengorbanan seluruh warga tentera darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara keamanan negara.

Sultan Ibrahim bertitah, nilai integriti perlu menjadi tunjang utama dalam setiap lapisan warga pasukan itu, selain terus berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.

“Al-Fatihah buat para anggota serta veteran yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

 

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img