KinderHub@MCMC perkukuh kesejahteraan warga kerja dan keluarga

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) KinderHub@MCMC, sebagai manifestasi komitmen berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperkukuh kesejahteraan warga kerja dan keluarga.

DATUK Fahmi Fadzil ketika melancarkan pusat penjagaan kanak-kanak KinderHub@MCMC di Cyberjaya hari ini. GAMBAR: Mohamad Redzwuan Mansor

Inisiatif ini mencerminkan pendekatan holistik MCMC yang bukan sahaja menumpukan kepada kecemerlangan institusi, malah mengiktiraf bahawa sokongan terhadap keluarga adalah asas kepada tenaga kerja yang produktif, seimbang dan berdaya tahan.

DATUK Fahmi Fadzil ketika melancarkan pusat penjagaan kanak-kanak KinderHub@MCMC di Cyberjaya hari ini. GAMBAR: Mohamad Redzwuan Mansor

Beroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 7 pagi hingga 7 malam, KinderHub@MCMC mampu menempatkan seramai 153 orang kanak-kanak pada satu-satu masa. Pusat ini menyediakan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif bagi penjagaan serta pendidikan awal, khusus untuk anak-anak warga kerja MCMC.

DATUK Fahmi Fadzil ketika melancarkan pusat penjagaan kanak-kanak KinderHub@MCMC di Cyberjaya hari ini. GAMBAR: Mohamad Redzwuan Mansor

Kemudahan ini diharapkan dapat memberi ketenangan kepada ibu bapa dalam mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga, sekali gus menyokong kesejahteraan emosi, fokus dan produktiviti.

MCMC komited dalam memperkukuh peranannya sebagai majikan pilihan dengan menyediakan pusat jagaan berkualiti yang menjamin keselamatan, kualiti dan kebajikan anak-anak warga kerja, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Salim Fateh Din.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img